Tun Dr Mahathir bin mohamad

bosan asyik cerita diri, so tu yang shiro merapu macam-macam... tapi ada satu pesanan penaja.. (semua kemudahan ni ditaja) hentikanlah menyalah guna kemudahan internet dengan sebarkan maklumat palsu.. penat chi baca, DR.M itulah, inilah.. kenapa chi marah? chi tak marah, cuma tak suka.. sebab chi sangat-sangat menghormati Tun Dr Mahathir bin mohamad.. cakap la chi ni apa pun.. sebab tanpa tun dr mahathir, takde internet ni, speed reading pun siapa yang bawa masuk ke malaysia? tu ayat omputeh berbakul chi tu, kalau tak kerana ayat dia yang best, tak adanya chi minat english..

ingat lagi pendidikan sivik kena tulis idola saya.. chi time tu tulis pasal tun dr M la.. banyak gambar dia dalam buku tu, sampai satu sekolah tahu, puncanya cikgu tu tanda dalam kelas abang chi, so ramai yang tahu dah idola chi selain dari florence nightingale.. apa ye nak cerita pasal dr M? beliau lahir 20 Disember 1925.. so tahun ni 86 tahun.. tua dari nenek dan datuk chi... huhu.. and beliau ni, tak takut nak bidas orang.. ye la, benda betul.. berani kerana benar, takut kerana salah. dekat asia tenggara ni, dialah yang paling lama memegang.. tapi tahun 2003 rasanya, dia letak jawatan.. apa-apa pun terima kasih sebab buat KLIA, KLCC, twin tower and macam-macam lagi la..

chi suka gaya dia, jenis jujur tanpa selindung, walau dengan orang atasan.. biar dipecat, dari teruis bertindak bodoh.. huhu.. then ada juga buku dia, dilema melayu.. ala,,. yang kulihat melayu ku layu tu...

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

0 comments:

Post a Comment