kenapa tajuknya ronaldinho? bukan pemain bola sepak tu la... ni nama betul dia dah lupa.. kan chi dah janji dalam cerita takiya tu.. ada masa nanti chi cerita pasal mamat ni.. puas jugak lacari and baca balik diary lama.. maklum la benda dah jadi tahun lepas.. hehe.. tanpa membuang masa, dipersembahkan filem melayu terhebat tahun lepas. kelakar lagi sensasi.. ye nak mula la ni..nak intro lelame pun tak boleh.. adoyaiii... ni chi copy bulat-bulat plus wat renew ejaan je la ek.. takkan korang paham kot bahasa chi yang unik.. XD
date : 27 june 2010
subject : diary - sleep over and demo
Hari Jumaat (25/6) aku tidur dekat rumah yani sampai hari ahad (27/6). Malam Jumaat tu aku berlatih demi demo sabtu malam ahad dekat dato harun Sunway. Aku dah berusaha, tapi stil gagap time buat tu. Bila aku salah satu step, terus pandangan aku kabur. Aku rasa nak pengsan then aku asyik buat salah. After dah kuar dari gelanggang tu, terus aku menangis dekat tebing. Yani datang and buat aku ketawa. jangan bunuh diri wei.. haha.. then die nyanyi lagu lolipop.. aku cakap la, kau ni ganggu mood nak nangis la..teruss ketawa.. Ai n kak el main keris betul malam tu.. fuyoo..
Then Sam cakap aku kacau budak-budak tu nak tengok bile aku join budak kecik panjat tembok. yani pun duduk atas tu kat sebelah aku. But tetibe je ade orang tegur aku "Dik ade cacing kat baju adik" (lebih kurang la ayat tu, tak ingat sangat) then aku tanye la "mane?" (sambil cari) tetibe je die cakap ape taw? "1-0" sengal punya budak! dah la tu die cakap, apa punya pesilat la, tu pun percaya. nak tahu apa aku balas? "biase la, terlampau baik hati sampai percaya dekat semua orang..." semua gelak kat aku..then dia balas "kus semangat abang" terus aku pandang arah lain. then dia still panggil lagi.. dia nak bagi teka teki.. aku jerit.. "tak nak dengar, tak nak dengaaar" but still die cakap
lima jari jadikan satu
sebenarnya aku stillnak tengok demo.. tapi diorang tak nak teman aku masuk sebab diorang kata mamat tadi usha aku. then aku yani and sampergi tengok at pintu penonton. ramai sangat sampai tak nampak cikgu azam.. almost forget, abang nas pwn ade. dia jadi cameraman.
Then aku tarik sam pergi hujung baru nampak. Pastu ada pula budak laki asyik menyampuk asal aku cakap. lagi la kecoh diorang cakap chiyo kena usha...bila ayahnda sampai kitorang pergi at kereta. Ayahnda tanya nak balik ke? then aku cakap la, tak baik tinggal majlis separuh jalan. then kitorang pun masuk balik. kitorang makan sikit. aku and sam kene tolong amik air untuk diorang. terkejut aku bile tengok abang ahmad yang tolong tuang. kesian dia, cawan dia kosong lagi. sam amik dulu cawan then pass2 dekat cikgu mail, yani, el n ai. dua cawan last aku sorang tinggal. sam tunggu depan sikit. then abang ahmad cakap kat aku, "RM2" hek eleh kenakan aku pulak. diorang boleh gelakkan aku. pastu ayahnda hilang, and abang nas datang and bertegur sapa dengan diorang. aku dah cukup segan rasa nak lari. but something happen, cikgu azam join la pulak.
Then time nak tolong buang sampah diorang tunjuk la at belakang diorang. el tanye la nie tempat pembuangan haram ke? diorang kata halal. Nanti ada orang tolong kutip. Aku cakap la kat kak el, buang sampah merata-rata kan dosa. boleh pulak diorang menyampuk yang ni tak dosa..
Then Daneko's semua interview budak-budak ayahnda. aku malas join. Kebetulan abang Ahmad at sebelah. Die tanya "ayahnda mane?" "tu la pasal.. tak nampak" aku balas.. then ade suara "ayahnda je ke? kekanda taknak?" guess who?
Cacing 1-0 la... aku jawab la, setakat ni tak perlu lagi" siap pakat dengan kawan dia kali ni "Abang long?" "saya dah ada abang, diorang je tak de" haha... then aku kemas pinggan and cawan and duduk sebelah abang ahmad. aku ingat diorang cakap bear besar dari beg, so aku balas la, "biasalah baby saya" then dia boleh cakap bear aku tu "anak kita kan?" aku terus cakap anak aku seorang. =P
Then dia buat isyarat pelik. aku straight to the point "saya ni dah la lurus bendul.. bagitau je la" rupanya dia nak no phone or email. aku suruh diorang cari sendiri. dia tanya nama aku, aku cakap rahsia. then bila dia tanye umur aku. aku cakap la rasa-rasanya? then dia boleh bantai "mana boleh rasa, kalau tak dah lama abang rasa" dah la diorang gelak jahat.. malu gila aku, terus aku jerit "agak-agak la"
Nasib baik ayahnda muncul. aku terus lari dapatkan ayahnda. Ai ada bagitau aku, lepas aku lari, diorang nampak macam nak serang ai. itu yang ai pun blah cepat sebelum diorang tanya pasal aku. kitorang sembah hormat at semua kawan ayahnda (main ikut je). nasib baik tak pergi tempat abang ahmad tadi. Aku asyik cakap at ayahnda nak balik je. Then Daneko's asyik cakap chiyo popular la. ramai ngorat. boleh plak ayahnda bagitau 1-0 tu anak murid cikgu ismadi. then pergi mcD. aku ngan ai kene order coz kitorang je yang biase makan dekat mcD. dapat la ole-ole gelas yang akan menjadi tanda persahabatan kitorang and ayahnda. sedih pulak bila fikir hari terakhir berjumpa ayahnda.
Baru kitorang tahu, Ayahnda sayang kitorang sebab kitorang la anak murid dia yang first. lagi pun sunyi kalau tak ada kitorang especially kak el yang paling tua and paling tak matang. (ayahnda kata out of list) tak habis lagi. die cakap pulak pasal 1-0. Mamat tu orang panggil ronaldinho.. taw sebab ape? Yani kata dia botak. salah. setahu aku ngan sam, dia ada jambul. sebenarnya mamat tu.. gigi dia mancung. hahaha.. aku cakap la, tak baik kutuk dia... kitorang sampai rumah pukul 1pagi. (umah kak el)
tapi aku rasa susah hati. aku tak boleh lupa apa dia (ronaldinho) buat. maybe sebab aku selalu teringin ada orang buat macam tu. tapi tak sangka ramai pulak yang buat. sampai aku takut and tak boleh tidur. tapi Takiya tak pernah buat apa-apa. TT~TT
tapi aku rasa budak perempuan yang ada dekat sana sombong la.. time aku tengok diorang, diorang pandang slack. padahal zon 2 and kayu ara je ada perempuan. jangan la sombong (kitorang zon 2) budak lelaki pun ada yang pandang. rasanya sebab perangai aku yang kebudak-budakan time tu or sebenarnye diorang tengok kak el ngan ai main keris betul. diorang pulak guna keris kayu. ayahnda yang bagitahu..
tamat sudah diari shiro ni.. tu la kisahnye.. malas betul menaip sejak jadi admin..XD
0 comments:
Post a Comment